Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada warga emas, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah mengadakan kunjungan mesra ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua (Islam) Titian Abadi (PEKITA), Lahat pada 18 Julai 2025.
Dalam ziarah ini, Perbadanan telah menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan dapur, barangan penjagaan diri serta sumbangan tunai berjumlah RM2,000.00 bagi menyantuni para penghuni yang telah banyak menabur bakti dalam kehidupan mereka.
Kehadiran kami bukan sekadar menyampaikan sumbangan, tetapi juga sebagai tanda ingatan bahawa warga emas sentiasa dihargai dan tidak pernah dilupakan.
Semoga inisiatif ini dapat diteruskan secara berterusan dan menjadi pemangkin kepada budaya masyarakat yang lebih penyayang, prihatin dan menghormati golongan warga emas.