Skip to content Skip to footer

PROGRAM BERSAMA RAKAN STRATEGIK PENGUATKUASA SPRM

YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah merasmikan Program Bersama Rakan Strategik Penguatkuasaan Negeri Perak pada 22 Februari 2025 bertempat di Auditorium Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak .
 
Menurutnya, kerjasama strategik antara SPRM, Jabatan/Agensi Kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan seperti Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (ACeIO) amat penting serta perlu dilaksanakan secara berterusan dalam menyokong usaha murni mengukuhkan nilai integriti dan kepercayaan masayarakat kepada perkhidmatan awam.
 
Tambahannya lagi, persepsi serta kepercayaan masyarakat khususnya nilai integriti terhadap penjawat-penjawat awam sering dibicarakan. Program seperti ini juga merupakan langkah penting untuk membina perkhidmatan awam yang lebih telus dan berintegriti. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga komited dalam menyokong usaha Kerajaan Pusat untuk meletakkan Malaysia di kedudukan antara 25 negara terbaik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
 
Pada majlis yang sama, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim turut menyaksikan majlis penyerahan tugas Pengerusi Perhubungan ACeIO Negeri Perak antara Puan Zairina binti Noordin, Yang Dipertua Majlis Daerah Perak Tengah kepada Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI yang telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri ACeIO yang baharu.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content