Skip to content Skip to footer

PROGRAM CSR “FOOD FOR THE HOMELESS”

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA) Perak telah menganjurkan program CSR “Food for the Homeless” pada 9 Disember 2025 di Teduhan Kelana, Jalan Dato’ Onn Jaafar (berhadapan The Store).
 
Program ini bertujuan menyantuni golongan gelandangan melalui agihan pek makanan, sekali gus meringankan keperluan harian mereka. Inisiatif ini turut memupuk nilai keprihatinan dalam kalangan warga kerja SSI serta mengukuhkan peranan organisasi dalam menyokong kesejahteraan komuniti setempat.
 
SSI berharap program sebegini dapat diteruskan sebagai usaha berterusan memperkukuh jaringan kerjasama dengan agensi dan badan sukarela demi manfaat masyarakat.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2025. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content