PROGRAM CSR GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN MASJID DAN INFAK MAKANAN SSI TAHUN 2026
14 November 2026
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah menganjurkan Program CSR Gotong-Royong Pembersihan Masjid dan Infak Makanan pada 13 November 2026 (Jumaat), bertempat di Masjid Panglima Kinta, Ipoh, Perak.
Program ini melibatkan penyertaan warga SSI dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid bagi memastikan persekitaran rumah ibadah sentiasa bersih, kemas dan selesa untuk kegunaan para jemaah.
Selain aktiviti pembersihan, program ini turut disertai dengan penyerahan infak makanan kepada pihak masjid sebagai usaha berkongsi rezeki serta menyantuni komuniti setempat.
Kedua-dua aktiviti ini memberi ruang kepada warga SSI untuk terlibat secara langsung dalam usaha kemasyarakatan di samping memupuk semangat kerjasama dan kesukarelawanan. Melalui penganjuran program ini juga, SSI berharap sumbangan tenaga dan infak yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada pihak masjid serta komuniti setempat















