Program Hari Bertemu Pelanggan ini merupakan salah satu usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam mendekatkan perkhidmatan awam kepada rakyat.
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) turut mengambil bahagian dalam program ini bagi menyalurkan maklumat berkaitan inisiatif dan projek-projek pembangunan negeri, khususnya yang melibatkan pelaburan, hartanah dan sektor strategik.
Penyertaan ini juga memberi ruang kepada SSI untuk menerima maklum balas secara langsung daripada orang awam serta memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat.