PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK SIRI 1/2025

Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 1/2025 telah diadakan pada 24 Februari 2025 bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
 
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat negeri Perak untuk berinteraksi secara langsung dengan pengurusan tertinggi kerajaan negeri, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan dan agensi negeri.
Skip to content