Skip to content Skip to footer

Program Retreat 2024 Bersama Ahli Jawatankuasa dan Pengurusan SSI

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah mengadakan Program Retreat 2024 bersama Ahli Jawatankuasa dan Pengurusan SSI pada 21 hingga 23 Januari 2024 di Johor Bahru. Program yang berlangsung selama 3 hari ini telah dihadiri oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi SSI.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah telah membentangkan Pelan Perancangan Perniagaan serta Hala Tuju SSI bagi tahun 2024. SSI akan terus memberi fokus kepada pembangunan hartanah khususnya skim perumahan termasuk menyediakan keperluan perumahan rakyat (Rumah Perakku) sebagai teras perniagaan utama. Di samping itu, beberapa projek komersial juga turut dirancang bagi meningkatkan pendapatan Perbadanan ini.
Ahli Jawatankuasa dan Pengurusan SSI turut melawat Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam lawatan benchmarking untuk mendapatkan maklumat serta pendedahan berhubung pengurusan dan operasi terminal jeti bagi projek Terminal Jeti Penumpang Pulau Pangkor yang akan dilaksanakan oleh Perbadanan ini. Program Retreat ini turut dihadiri YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, YBhg. Dato’ Muhammad Fariz bin Mohamad Hanip, YBrs. Encik Muhammad Nazri bin Abdullah serta barisan pengurusan SSI

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2025. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content