Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah turun padang untuk menyantuni para petugas barisan hadapan yang bertugas tanpa mengenal lelah demi kesejahteraan rakyat.
Tujuan program singgah sahur ini diadakan adalah bagi mengeratkan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam bulan Ramadhan.
Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI bersama warga kerja SSI telah mengagihkan makanan sahur ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Turut serta dalam program ini ialah Encik Mohammad Hazni bin Mohd Aman, Pengurus Kanan Undang- Undang SSI dan Encik Shahfiq bin Sautarwin, Pengurus Pentadbiran SSI.
Terima kasih kepada semua yang bertugas menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan masyarakat. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik ganjaran.










