Skip to content Skip to footer

PROGRAM SINGGAH SAHUR SSI 2026

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah menganjurkan Program Singgah Sahur 2026 sebagai tanda penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang terus komited menjalankan amanah demi kesejahteraan rakyat.
 
Bersempena Ramadan, program ini menjadi platform mengeratkan silaturahim, menyemai semangat kebersamaan serta menzahirkan keprihatinan SSI terhadap mereka yang bertugas tanpa mengira waktu.
 
Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah bersama warga kerja telah turun padang mengagihkan juadah sahur ke Balai Polis Pekan Baru, Balai Polis Pasir Puteh dan Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Pasir Puteh sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas komitmen serta pengorbanan mereka.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas yang sentiasa komited menjaga keselamatan, keamanan dan kebajikan masyarakat.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content