PROGRAM SUMBANGAN ZAKAT WAKALAH / CSR: MENYANTUNI PESAKIT DIALISIS DAN PENYERAHAN KAKI PALSU
5 August 2026
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) meneruskan usaha menyantuni masyarakat melalui sumbangan Zakat Wakalah/CSR berupa barangan keperluan perubatan kepada pesakit dialisis serta kaki palsu kepada penerima yang memerlukan.
Program yang berlangsung pada 5 Ogos 2026 di Pusat Dialisis Ar Ridzuan, Ipoh ini merupakan salah satu usaha SSI dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam memenuhi keperluan rawatan dan kehidupan seharian.
Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban penerima, memenuhi keperluan rawatan serta memberi semangat dan keyakinan baharu untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan berdikari. Inisiatif ini juga menjadi satu langkah kecil dalam menyemai harapan dan membawa perubahan bermakna kepada mereka yang memerlukan.









