Skip to content Skip to footer

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) DI SURAU ABU BAKAR, KAMPUNG KUAK TENGAH, PENGKALAN HULU

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) melalui inisiatif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan di Surau Abu Bakar, Kampung Kuak Tengah, Pengkalan Hulu, Perak pada 7 hingga 8 Ogos 2025.
 
Program ini bertujuan meningkatkan keselesaan dan kemudahan kepada jemaah setempat, di samping memperkukuh hubungan baik antara SSI dengan komuniti. Antara kerja-kerja yang telah dilaksanakan termasuk menukar karpet baharu bagi ruang solat utama, mengecat semula bahagian dalam dan luar surau, serta menyumbangkan empat (4) unit kipas baharu untuk kegunaan jemaah. Selain itu, aktiviti gotong-royong turut dijalankan bersama penduduk kampung bagi membersihkan kawasan dalam dan persekitaran surau.
 
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli bin Abdullah kepada Pengerusi Surau Abu Bakar dan turut berkesempatan menyantuni penduduk setempat.
 
Pelaksanaan program ini juga sebagai tanda komitmen berterusan SSI dalam menyokong pembangunan aktiviti komuniti, khususnya dalam manambahbaik kemudahan infrastruktur untuk kegunaan masyarakat setempat, di samping memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan antara masyarakat.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2025. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content