Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah mengadakan Program Jati Diri (Team Building) pada 28 hingga 30 September 2024 bersama Warga Kerja SSI di daerah Selama, Perak.
Objektif utama Program ini adalah untuk membentuk dan mengukuhkan jati diri serta ketahanan mental dan fizikal di kalangan warga kerja SSI. Di samping itu, program ini juga menerapkan nilai-nilai kepimpinan, semangat berpasukan dan bekerjasama selain dapat mengeratkan lagi hubungan ukhuwah yang telah sedia terjalin.
Program yang berlangsung selama 3 hari ini membabitkan pelbagai pengisian dan aktiviti yang menarik seperti water rafting, hiking, ikhtiar hidup dan telematch.















