Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah mengadakan Program Ziarah Kasih Anak – Anak Yatim di Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor pada 23 Ogos 2024.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Tuan Zulkefli bin Abdullah telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan berjumlah RM3,000.00 serta kotak makanan keperluan asas. Anak-anak yatim tersebut turut diraikan dengan pemberian makanan dan minuman.
Semoga sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban pengurusan rumah anak yatim berkenaan.