Pengurus Kanan Undang-Undang Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Encik Mohammad Hazni Bin Mohd Aman telah mewakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI bagi merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Jadi bersama warga SK Convent Aulong, Taiping pada 14 November 2024.
Pihak SSI turut berbesar hati dapat menyumbangkan sebuah SMART TV untuk kegunaan guru dan murid – murid di SK Convent Aulong, Taiping. Semoga sumbangan ini dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara digital dan interaktif.