Skip to content Skip to footer

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2025

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2025
 
Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 telah diadakan dengan penuh meriah di Ipoh pada 31 Ogos 2025. Acara Perbarisan dan Perarakan ini disemarakkan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.
 
Turut sama berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Ja’afar Ibni Almarhum Raja Muda Musa serta Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, diiringi dif-dif kehormat negeri Perak. Kehadiran baginda semua menyerikan lagi sambutan penuh istiadat ini yang menjadi simbol kecintaan dan kesetiaan rakyat kepada institusi diraja serta negara tercinta.
 
Dengan tema tahun ini, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, Sambutan Hari Kebangsaan memberi peringatan agar kita terus memperkukuh semangat patriotisme, memelihara perpaduan, dan memupuk kecintaan terhadap tanah air demi kesejahteraan generasi akan datang.
 
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2025!

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content