DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2023 daripada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) yang diwakili oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zulkefli bin Abdullah dengan jumlah zakat perniagaan sebanyak RM500,000.00 pada 12 Januari 2024 bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan.