Skip to content Skip to footer

SESI KUNJUNG HORMAT DARI PENGARAH KASTAM NEGERI PERAK KE PEMANGKU KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SSI

24 November 2025, Tuan Mohd Nadzri bin Ariffin, Pengarah Kastam Negeri Perak, telah mengadakan kunjung hormat ke atas Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI, di Menara SSI.
 
Sesi ini menjadi ruang perbincangan konstruktif yang menumpukan kepada pengukuhan hubungan strategik serta penerokaan kerjasama yang menyokong pembangunan ekonomi negeri. Perbincangan meliputi cadangan penempatan semula Kaunter Bayaran Kastam di Jeti Penumpang Pulau Pangkor bagi meningkatkan kemudahan dan kecekapan urusan, selaras dengan status Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai.
 
Turut dibincangkan ialah perancangan menaiktaraf Kompleks Jeti Penumpang Pulau Pangkor oleh SSI Perak, termasuk peningkatan fasiliti dan penyelarasan peranan antara agensi bagi memastikan operasi yang lebih lancar.
 
SSI merakamkan penghargaan atas kesudian pihak Kastam Negeri Perak mengadakan kunjungan ini dan komited untuk meneruskan hubungan kerjasama melalui pelaksanaan inisiatif bersama demi manfaat masyarakat serta pembangunan negeri Perak pada masa hadapan.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2025. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content