Skip to content Skip to footer

SESI KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA POLIS PERAK

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Encik Zulkefli bin Abdullah telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada Ketua Polis Perak, YDH CP Dato’ Noor Hisam bin Nordin pada 9 Mei 2025 bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
 
Pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan mengenai status semasa projek pembangunan SSI yang terletak bersebelahan kediaman rasmi Ketua Polis Perak. Pihak SSI telah memberikan maklum balas berhubung kemajuan terkini projek tersebut serta langkah-langkah penambahbaikan yang sedang diambil bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dan impaknya terhadap komuniti setempat.
 
SSI juga komited untuk terus menjalin kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam memastikan aspek keselamatan, kelestarian dan kesejahteraan pembangunan sentiasa menjadi keutamaan demi manfaat rakyat dan negeri secara keseluruhan.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content