Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah mengadakan sesi libat urus bersama agensi-agensi kerajaan yang beroperasi di Terminal Jeti Pulau Pangkor bagi membincangkan perancangan pembangunan kompleks jeti penumpang serta pembangunan bercampur di atas tanah seluas 36 ekar yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada SSI.
Fasa pertama projek melibatkan pembinaan kompleks jeti, kedai bebas cukai, hab pengangkutan, hotel dan F&B.
Di samping itu, SSI turut mengadakan sesi perbincangan serta majlis menandatangani perjanjian sewaan bersama peniaga sedia ada susulan pengambilalihan pengurusan lot perniagaan oleh SSI.
Kerjasama strategik ini penting bagi memastikan kelancaran operasi serta kepentingan awam di kawasan jeti.





