Skip to content Skip to footer

SESI PERBINCANGAN CADANGAN PENUBUHAN PANGKOR TOURISM ACADEMY

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak(SSI) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pendidikan Tinggi yang diketuai Encik A.Azman bin Arshad, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi serta barisan Pegawai Kanan pada pagi ini.
 
Sesi perbincangan ini diadakan bagi membentangkan cadangan penubuhan Pangkor Tourism Academy (PTA) @ Kolej Komuniti Pangkor di atas tanah milik SSI di Mukim Lumut, Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Dengan konsep Industry Driven Campus, PTA ini akan menggabungkan elemen pendidikan, latihan dan industri dalam satu ekosistem dinamik untuk melahirkan tenaga kerja mahir serta berdaya saing.
 
Konsep ini bukan sekadar sebuah institusi pendidikan tetapi berfungsi sebagai hab latihan holistik yang merangkumi pusat pendidikan formal dengan program sepenuh masa, pembelajaran separuh masa serta kursus dan latihan industri yang disesuaikan mengikut sektor pekerjaan.
 
Selain itu, PTA ini juga menyediakan kemudahan resort untuk pengungjung luar, yang turut berperanan sebagai tempat penganjuran latihan dan kursus jangka pendek. ini membuka peluang kepada kolaborasi strategik dengan industri dan institut luar, menjadikan PTA sebagai pusat pembangunan modal insan serta pertukaran ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content