Satu sesi perjumpaan dan libat urus telah diadakan pada 30 Julai 2025 bersama pengusaha pelantar, kedai dan rumah di Tapak Cadangan Pembangunan Kompleks Terminal Jeti Penumpang dan Jeti Kargo Pulau Pangkor Daerah Manjung milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI).
Perbincangan ini adalah susulan daripada berberapa sesi perjumpaan dan perbincangan yang telah dibuat bagi memaklumkan perkembangan terkini cadangan pembangunan semula Terminal Jeti Pangkor dan kawasan sekitarnya.
Pihak-pihak yang terlibat juga menyambut baik serta berpuas hati dengan penjelasan dan kaedah penyelesaian yang ditawarkan. Turut hadir memberi penerangan dalam sesi perjumpaan ini adalah YBhg. Dato’ Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dan Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI.
SSI sentiasa komited memastikan proses pembangunan yang dirancang ini berjalan secara adil dan mengambil kira kebajikan serta kepentingan semua pihak terlibat.