Skip to content Skip to footer

SESI PERKONGSIAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE TEKNOLOGI (AI)

Unit Sumber Manusia Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah menganjurkan Sesi Perkongsian Artificial Intelligence (AI) pada 29 Julai 2025 bertempat di Royal Perak Golf Club (RPGC), Ipoh. Sesi ini telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zukefli bin Abdullah.
 
Tujuan utama sesi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga kerja SSI mengenai asas teknologi AI, aplikasi dalam dunia sebenar, serta potensi penggunaannya dalam urusan pengurusan dan operasi harian jabatan. Perkongsian santai ini membuka ruang kepada peserta untuk lebih memahami bagaimana AI boleh membantu meningkatkan kecekapan kerja, pengurusan data, perancangan strategik dan perkhidmatan kepada pelanggan.
 
Melalui sesi ini juga, warga kerja SSI berpeluang mendekati perkembangan teknologi semasa serta merangka pendekatan yang lebih inovatif dan digital dalam menyokong hala tuju pendigitalan organisasi secara menyeluruh.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2025. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content