SSI PERAK SUMBANG BUKU ‘KARL-HEINZ WEIGANG’ KEPADA JPN PERAK
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) terus menyokong usaha memelihara dan memperkenalkan sejarah sukan negeri menerusi sumbangan buku berjudul ‘Karl-Heinz Weigang: Kisah di Sebalik Tabir, Di Bumi Perak’ karya Saudara Zubir bin Shaharani kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.
Majlis penyampaian sumbangan telah berlangsung pada 26 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat JPN Perak, Meru, Ipoh. Sumbangan buku tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohammad Hazni bi Mohd Aman, Pengurus Kanan Undang-Undang SSI kepada Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan dan Perancangan PPD, Tuan Raihanulazmi bin Muhamad.
Naskhah tersebut akan diagihkan kepada sekolah-sekolah terpilih di seluruh negeri Perak sebagai bahan bacaan dan dokumentasi sejarah, khususnya dalam mengenali legasi Karl-Heinz Weigang yang pernah mencorakkan perjalanan serta kegemilangan bola sepak di negeri ini.
Inisiatif ini diharap dapat membuka ruang kepada generasi muda untuk mengenali sejarah sukan tempatan, mengambil inspirasi daripada tokoh terdahulu serta menyemai penghargaan terhadap warisan dan kecemerlangan bola sepak di bumi Perak.




