Skip to content Skip to footer

SUMBANGAN KOTAK MAKANAN SSI

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dengan penuh rasa ikhlas dan kasih sayang telah mengagihkan kotak makanan kepada 50 golongan asnaf dalam satu majlis penuh keberkatan di Kompleks Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat).
 
Sumbangan ini disampaikan oleh Encik Zulkefli bin Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) sebagai tanda prihatin dan hasrat untuk meringankan beban mereka yang memerlukan. Semoga sedikit rezeki yang dikongsi ini dapat membawa sinar kebahagiaan dan kegembiraan, terutamanya dalam menyambut Aidilfitri yang mulia yang bakal tiba.
 
Moga dengan pemberian ini juga menjadi pemangkin semangat, mengukuhkan silaturahim, dan melipatgandakan kegembiraan kita bersama. Perbadanan ini sentiasa komited dalam berkongsi kebaikan demi kesejahteraan komuniti.
 
Kerana kebahagiaan itu lebih bermakna apabila kita saling memberi.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content