Sesi Tea talk ini diadakan adalah bertujuan untuk menyampaikan Pelan Perniagaan dan fokus utama serta perancangan SSI yang akan dilaksanakan pada tahun 2025.
Disamping itu, warga kerja SSI turut berpeluang untuk berkongsi pandangan berhubung isu-isu berkaitan operasi, pentadbiran dan idea untuk sama-sama membangunkan organisasi SSI serta memupuk amalan pengurusan organisasi yang efektif dan efisien.
Dalam sesi ini juga, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Encik Zulkefli bin Abdullah turut membentang prestasi SSI bagi tahun 2024 dan Pelan Strategik SSI 2025 – 2030.
Semoga tahun 2025 seluruh warga kerja SSI sentiasa kekal positif dan terus bersemangat mencapai matlamat.








