Skip to content Skip to footer

TEMUBUAL BERSAMA PIHAK RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Zulkefli Bin Abdullah telah ditemu bual oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkenaan projek- projek pembangunan hartanah SSI khususnya projek usahasama SSI bagi pembangunan skim perumahan di Negeri Perak.
 
Beliau memaklumkan sebagai salah satu GLC Negeri yang diberi tanggungjawab untuk membangunan projek-projek perumahan di Negeri Perak, SSI akan memberi komitmen dalam membantu Kerajaan Negeri menyediakan keperluan perumahan di kalangan kumpulan B40 khususnya bagi kategori rumah mampu milik, kos sederhana dan kos rendah.
 
Sehingga Julai 2024 sebanyak 1,774 unit rumah telah siap bina. SSI menyasarkan bilangan rumah yang akan siap dibina pada 2030 sebanyak 9,000 unit rumah.
 
Beliau turut berkongsi pandangan berkenaan situasi pasaran semasa sektor perumahan di Negeri Perak.

Perbadanan Setiausaha  Kerajaan Negeri Perak,
No. E-10-2, Menara SSI,Soho Ipoh 2,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak DR.

Penafian Laman

Pihak SSi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Statistik Pelawat

Hakcipta Terpelihara © 2026. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Skip to content